Loading...

MAKLUMAT KOPERASI 

Tentang kami

Koperasi Pembangunan Ekonomi Pulau Pinang ditubuhkan bertujuan untuk membantu anggota dan masyarakat sekelilingnya dalam mengatasi pelbagai masalah terutamanya dari aspek mendapatkan bekalan makanan asas dengan harga yang murah dan berpatutan. KPEPPB juga terlibat dalam sektor hartanah dan membina serta menawarkan harga rumah mampu milik dengan lebih baik dan rendah dari pasaran. Untuk memberi peluang kepada lebih ramai orang memiliki rumah sendiri.

Selain dari itu, dapat membantu mempertingkatkan ekonomi dan sosial masayarakat di Negeri Pulau Pinang.

KPEPPB terlibat dalam pelbagai sektor. Bidang yang diterajui oleh KPEPPB adalah seperti :

Sektor Pertanian dan Makanan

Sektor Pembangunan Hartanah

Sektor Perlombongan

Sektor Perkhidmatan

KOPERASI PEMBANGUNAN EKONOMI PULAU PINANG BERHAD

(KPEPPB) (202466500870)

Projek – projek yang sedang dijalankan

Sektor Pertanian dan Makanan

KPEPPB mempunyai perniagaan pemasaran bekalan pelbagai jenama beras dan pulut yang terkenal di Malaysia seperti beras jenama Saga, Rambutan, Jasmine, Jati, Sun Flower, Sakura, Faezah, 888, B100 dan pelbagai jenama beras yang lain dengan menawarkan harga yang lebih murah untuk ahli – ahli dan rakyat Malaysia serta koperasi – koperasi di Malaysia. 🟢KPEPPB juga menjalinkan usahasama dengan kilang – kilang Beras bagi projek pembukaan Beras dan OEM.

Sektor Pembangunan Hartanah

🟢Projek Pembangunan rumah 2 tingkat di Langkawi, Kedah.🟢Projek Pembangunan Komersial dan Service Apartment di Alor Setar, Kedah.(dalam proses)🟢Projek Komersial dan Service Apartment di Kuala Perlis.(dalam proses)

Sektor Perlombongan

🟢Projek Pengeluaran Pasir, Tanah Merah dan Kuari Batu di Relau, Kedah.(dalam proses) 🟢Projek Tanah Merah di kawasan Kulim, Kedah.

Sektor Perkhidmatan

🟢KPEPPB akan membantu ahli – ahli untuk mendapatkan pembiayaan dari institusi kewangan di Malaysia dengan keperluan dokumen yang minimum serta faedah yang berpatutan. KPEPPB juga akan berbincang dengan pihak institusi kewangan agar potongan pinjaman untuk kakitangan awam tidak tidak perlu melalui gaji atau melalui Angkasa. 🟢Untuk perkhidmatan perlancongan, umrah dan penginapan hotel KPEPPB bekerjasama dengan pelbagai hotel serta syarikat perlancongan bagi menawarkan harga yang lebih murah serta perkhidmatan yang terbaik untuk ditawarkan kepada ahli – ahli dan keluarga KPEPPB.

Hubungi Kami

SYARAT KEAHLIAN MENJADI ANGGOTA

Terbuka kepada seluruh penduduk Pulau Pinang

🟢Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.

🟢Satu salinan kad pengenalan (depan dan belakang)

🟢Mengisi borang dengan lengkap

🟢Membayar pendaftaran anggota RM100.00 📌(wang yuran ahli tak dikembalikan)

KELEBIHAN YANG DITAWARKAN

🟢KPEPPB merancang untuk menubuhkan pasaraya di setiap daerah khusus di Negeri Pulau Pinang dan Malaysia amnya, bagi membolehkan anggota-anggota koperasi dan orang ramai membeli keperluan makanan asas dengan harga yang murah dan berpatutan.

🟢KPEPPB akan membayar introducer fi sebanyak 5% kepada ahli – ahli dari pembelian saham oleh anggota baru yang diperkenalkan.

🟢Jangkaan dividen yang akan dibayar oleh KPEPPB kepada anggota adalah sebanyak 10% ke 18% termasuk premium.

🟢Sebagai contoh - anggota membeli saham sebanyak RM5000.00, dividen yang akan dibayar adalah sebanyak RM900.00 di mana anggota boleh mendapat beras sepanjang keahlian sebanyak 20kg beras setiap bulan tanpa mengeluarkan kos tambahan.

🟢KPEPPB menawarkan pembelian saham min RM 5000 bagi melayakkan ahli mendapat beras Super Import 5% sebanyak 2 kampit seberat 10kg untuk setiap kampit beras secara 📢percuma📢.

APA KELEBIHAN YANG DITAWARKAN

Lokasi Koperasi